Followers

November 12, 2010

Dalam orang lain bergembira menerima keputusan UPSR bersama kedua ibu bapa mereka , lain pula bagi seorang insan ini. Dia memperoleh keputusan yang cemerlang di mana dia telah mencapai 5A dalam USPR 2010 . Tetapi kegembiraannya hanya dapat dikongsi bersama bapanya sahaja manakala ibunya sudah kembali ke Rahmatullah . Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat bondanya dengan iringan doa supaya bondanya berada di kalangan orang yang beriman dan lepas daripada seksa Kubur. Amin.

Bagaimanakah perasaan anda jika anda berada di tempat si insan ini ? Tidakkah anda begitu sedih ? Ya , saya sangat sedih setelah melihatnya di kaca tv pada malam Jumaat yang lalu . Tidak sengaja titisan jernih mengalir di pipiku . Tapi dia beruntung kerana dia masih mempunyai seorang ayah yang mengambil berat tentangnya dan pada malam itu juga ayahnya berjanji bahawa dia akan menjaga anaknya dengan sebaik mungkin . INSYAALAH !

Yang lagi menyedihkan ialah , ibunya meninggal pada hari dia menduduki peperiksaannya. Tengoklah ! Allah telah menguji adik ini dengan kehilangan ibunya tetapi dia masih boleh berjaya ! Sangat bangga dan turut bersimpati di atas kehilangan ibunya. Ya allah , berikanlah dia kejayaan di dunia dan di akhirat serta tabahkanlah dia dalam menghadapi segala dugaan yang menimpanya. AMIN YA ROBAL ALAMIN.


p/s : YA , SAYA SANGAT SENSITIF. LUMRAH PEREMPUAN UNTUK MENGANGIS DAN SAYA MENGHARGAINYA . YA ALLAH ! SEMOGA SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR . AMIN :)

No comments:

Post a Comment